Nasi Ayam Bebola atau
Bebola nasi ayam ialah sejenis kepelbagaian
nasi ayam Hainan yang terkenal di kalangan
masyarakat Cina di
Malaysia dan
Singapura. Perbezaan dengan nasi ayam biasa ialah bebola nasi ayam ini dihidangkan dalam bentuk bebola.
Nasi ayam Hainan ialah sajian nasi yang dimasak dalam stok rebusan
ayam dan dihidangkan bersama potongan
ayam kukus. Bebola Nasi Ayam pula menghidangkan nasinya dalam bentuk
sfera. Lazimnya, seketul nasi tersebut boleh dimakan dengan sekali suap. Negeri di Malaysia yang terkenal dengan sajian hidangan ini ialah negeri
Melaka yang terkenal dengan warisan
baba dan nyonya serta kacukan
kebudayaan Cina tempatan.Antara restoran yang menawarkan juadah ini sebagai sebahagian daripada menu mereka ialah Kopitiam Chop Chung Wah di Jonker Walk yang mula beroperasi dari jam 8.30 pagi. Kedai ini direkodkan sebagai antara yang terawal menjual makanan jenis ini di Melaka. Satu lagi pilihan ialah "Famosa Chicken Rice-Ball" yang berada di Jalan Hang Jebat dan Jalan Hang Kasturi.Untuk pilihan yang halal bagi pengunjung
beragama Islam, "Ee Ji Ban (Chicken Rice Balls)" menyajikan bebola nasi ayam sebagai menu utama dan restoran ini mempunyai sijil halal.
[1][2] Restoran yang terletak di Melaka Raya ini turut pernah disinggahi oleh program makanan yang terkenal iaitu
Jalan-Jalan Cari Makan terbitan
TV3.{[
perlu rujukan]